Mangsa Rakus Sepupu

Pengakuan gadis 19 tahun mangsa rakus sepupu...

Remaja comel yang baru berusia 16 tahun ini berasal dari salah satu negeri di Pantai Timur. Dia dibesarkan oleh nenek dan datuk selepas ibu dan ayahnya berpisah ketika usianya mencecah dua tahun.

Tertanam segunung impian di dadanya apabila dewasa kelak, segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh datuk dan nenek akan dibalas sebaik mungkin.

Namun segalanya berubah dengan sekelip mata apabila dia kini sedang sarat mengandung lapan bulan hasil daripada perbuatan terkutuk seorang lelaki yang dipanggil Angah (bukan nama sebenar) iaitu sepupu kepada abang tirinya.

Saat pertama kali bersua muka dengan Aina (bukan nama sebenar) terdetik perasaan kasihan dalam hati penulis kerana ketika ini tempat dia bukanlah di rumah perlindungan Taman Sri Puteri Cheras. Sebaliknya dia sepatutnya berada bersama rakan-rakan di sekolah menuntut ilmu demi membela nasib keluarga. Daripada riak wajahnya yang putih bersih itu tergambar seribu kesedihan yang terpaksa ditanggung akibat perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang sepatutnya melindunginya.

Akibat daripada itu, dia kini seringkali trauma apabila berjumpa dengan lelaki dan terasa seperti mahu lari daripada mereka kerana sejarah hitam pernah dilaluinya ketika berusia 15 tahun.Akuinya, dia bukanlah seperti remaja lain yang gemar bersosial bahkan hubungan dia dengan Angah tidaklah rapat.

“Kami juga tidak bersekolah di tempat sama. Kalau Angah datang rumah pun sebab nak berjumpa dengan abang dan kakak tiri saya,” katanya.

Imbas Aina, tragedi hitam yang berlaku pada waktu petang pada tahun lepas telah meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya.

“Ketika itu saya tinggal berseorangan di rumah kerana keluarga keluar ke bandar. Pada hari kejadian, ibu ada berpesan bahawa Angah akan datang ke rumah pada petang itu untuk menghantar beras. Namun sedar-sedar saya berada di sebuah rumah kosong yang terletak di hujung kampung. Saya cuma ingat pada petang itu Angah datang rumah untuk menghantar beras dan saya beritahu supaya dia tunggu di luar kerana tiada orang di rumah tetapi tiba-tiba terasa mulut saya ditekup dengan tangan dari arah belakang. Apabila sedar saya dapati diri berada di sebuah rumah kosong dalam keadaan yang amat memalukan. Hanya saya dan Angah berada di dalam rumah kosong tersebut, manakala tiga orang rakannya yang lain hanya menunggu di luar,” ulas Aina.

Aina berkata, selama empat hari dikurung dan beberapa kali dipukul kerana cuba melarikan diri, malah kesemua tingkap di rumah tersebut turut dipaku.

“Dalam tempoh itu juga saya tidak diberi makan, malah dipukul dan didera dengan teruk di badan,” ujarnya.

Selepas keluarga menemui semula Aina, abang-abangnya telah memukulnya kerana menyangka dia cuba melarikan diri dari rumah.

“Badan saya bukan sahaja dipukul malah kepala saya diketuk dengan lampu suluh sehingga lebam dan berdarah oleh abang. Mereka tidak percaya saya dirogol malah sengaja menuduh saya cuba melarikan diri dari rumah. Selepas kejadian itu saya jatuh sakit selama dua minggu dan trauma apabila melihat lelaki walaupun abang sendiri,” katanya.

Cerita Aina, selepas kejadian itu setiap hari neneknya membawa dia berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan dia tidak mengandung. Namun, penderitaan gadis ini belum berakhir kerana selepas dua bulan dia telah disahkan mengandung.

“Ketika itu, bercampur perasan malu dan geram memikirkan nasib dan cara untuk berhadapan dengan rakan-rakan di sekolah. Keluarga mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan, tetapi doktor memberitahu sudah terlambat kerana ketika itu janin dalam kandungan sudah mula membesar,” katanya.

Ujar Aina, kerana malu untuk berjumpa orang ramai dan rakan-rakan di sekolah dia telah menangguhkan persekolahan sementara menunggu bersalin. Ujarnya, sebelum dihantar pusat penjagaan Taman Sri Puteri Cheras oleh emaknya, dia pernah tinggal di rumah keluarga angkat yang ingin mengambil anaknya untuk dijadikan sebagai anak angkat.

“Tetapi tidak lama saya tinggal di situ kerana ibu angkat pernah beberapa kali melemparkan bantal dan membaling pinggan ke arah saya. Selepas kejadian itu, emak membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon supaya saya diterima tinggal sementara di sini sehingga melahirkan anak,” katanya.

Ditanya perasaannya selepas tinggal di rumah perlindungan ini, ujar Aina dia berasa lebih tenang dan selamat berbanding hanya menghabiskan masa di rumah.

“Di sini saya rasa selesa dan tidak malu kerana kawan-kawan juga senasib dengan saya selain belajar untuk menghormati orang lain,” katanya.

Walaupun gadis ini sedang melalui saat getir dalam hidupnya, tetapi dia berazam selepas selamat melahirkan anak dia akan menyambung semula pelajarannya yang tertangguh dan meneruskan kehidupan yang baru.

| | Read More »

Disebalik Pembubaran Parlimen

muka najib sedih bbubar parlimenNajib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan?

Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.

Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013.

Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.

Rakyat cuba dibeli semahunya. Sepanjang menunggu hari pembubaran, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.

Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihanraya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup.
Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalan demi kegagalan berlaku walaupun telah berhabisan 'menjual negara' melalui defesit kewangan yang melampau di
era pentadbirannya.

Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya boleh dielak jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Najib cuba menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan tetapi tetap menemui jalan gagal.

Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan 'maruah'. Mungkin Muhyiddin merasakan kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki maruah yang ada. Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika Barisan Nasional tumbang pada

Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini. Inilah permulaan yang dinanti dengan sabar oleh rakyat, akhirnya tiba juga hari ini.

Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama. Rakyat tidak sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik - kerajaan rakyat yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair dapat diselamatkan kali ini, hanya kali ini. It's now or never.

Percayalah, rakyat akan menang dan tidak akan menanggung azab untuk 5 tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi. Perubahan akan berlaku di umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap menjadi ingatan.

| | Read More »

Abang Dipenjara 15 Tahun & Tiga Sebatan

PETALING JAYA: Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.

Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Oktober 2006 hingga Nov tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.

Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sebagai abang sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga darah dagingnya sendiri tetapi telah mengambil kesempatan.

Zhafran berkata ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana sebelum ini pernah melakukan kesalahan sama pada mangsa sehingga melahirkan anak tetapi telah meninggal dunia dan ini menunjukkan tertuduh tidak insaf.

| | Read More »

Kita, Nakhoda & Sebuah Bahtera...

TENTU kita semua pernah melihat sebuah bahtera yang sedang teroleng-oleng dipukul ombak di tengah lautan. Bahtera itu dimudik menggunakan layar yang akan membawanya ke destinasi yang ditujui. Kelajuan bahtera itu ditentukan oleh kekuatan angin yang bertiup dan kecekapan nakhodanya.

Apakah yang akan terjadi jika tiada angin yang bertiup, dan bahtera itu dikemudi oleh seorang nakhoda yang tidak cekap? Tentulah dengan ketiadaan angin akan menyebabkan bahtera itu tidak akan mampu bergerak, hanya teroleng-oleng di tengah lautan, meskipun bahtera itu dikemudi oleh seorang nakhoda yang cekap. Begitu juga jika bahtera tersebut tanpa seorang nakhoda yang cekap, hanya angin yang tekal bertiup, maka bahtera itu akan sesat tanpa arah dan risiko berlakunya tragedi karam amat tinggi.

Begitulah halnya dengan seseorang yang mempunyai sebilah pedang yang tajam. Apabila kesan ketajaman itu tidak dirasai dan masih tidak mampu mengalahkan musuh, bukanlah salahnya pada pedang tersebut, tentu pula capiknya akan terlihat kepada si pengguna pedang itu. Begitu juga halnya seorang pemain bola sepak yang sedang mengambil sepakan penalti. Apabila bolanya tersasar dari pintu gol, maka apakah bola yang perlu dipersalahkan atau pemain bola sepak tersebut yang tidak mahir teknik atau tidak mampu mengawal gemuruh?

Begitulah tamsilan kehidupan ini. Kita adalah nakhodanya. Hati dan nafsu adalah bahtera. Laut yang luas adalah jalan yang perlu kita pilih berdasarkan koordinat al-Quran dan Sunnah.

Allah s.w.t meminta kita menggunakan akal supaya menafsir hakikat kehidupan ini melalui jalan pancaindera yang telah dikurniakan oleh-Nya, seperti saranan Allah dalam al-Quran: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Ali Imran: 190).

Allah menggesa menggunakan akal supaya berfikir dan memanfaatkan kehidupan dalam keterikatan sentiasa kepada-Nya kerana seseorang manusia itu bergantung kepada apa yang disandarkan dalam hidupnya. Jika disandarkan kepada Allah maka dia menjadi hamba kepada Allah, jika disandarkan kepada makhluk maka dia menjadi hamba kepada makhluk. Seorang yang memperhamba diri untuk sesuatu maka dia sanggup bersusah payah dan bermatian untuk sesuatu itu, seperti mana halnya seorang nakhoda yang bersusah payah melawan arus dan gulungan ombak untuk sampai ke destinasi yang ditujui.

| | Read More »

Syurga dan Penghuninya

Gambar hiasan.

Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.

1. Syurga Firdaus

Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag ertinya sebagai berikut:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)

2. Syurga ‘Adn

Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:

- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.

“(iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum, masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (An-Nahl:30-31)

- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.

“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (iaitu) Syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (Thaha:75-76)

- Orang yang banyak berbuat baik.

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.” (Fathir:32-33)

- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.” (Ar Ra’d:22-23)

3. Syurga Na’im

Syurga Na’im diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (Al-Qalam: 34)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman :8)

“Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam Syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Hajj:56)

4. Syurga Ma’wa

Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:

- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah:19)

- Orang-orang yang takut pada kebesaran Allah SWT dan menahan diri dari hawa nafsu buruk.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya).” (An-Nazi’at:40-41)

5. Syurga Darussalam

Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Bagi mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (Al-An’am:127)

6. Syurga Darul Muqamah

Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan. Firman Allah SWT:

“Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu “. (Fathir :34-35)

7. Syurga Al Maqaamul

Syurga Al Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.” (Ad-Dukhan:51)

8. Syurga Khuldi

Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT:

“Katakanlah:” Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (Al-Furqan:15)

Wallahualam…

| | Read More »

Yasmin Hani Trauma

Kuala Lumpur: “Saya masih trauma dengan apa yang berlaku. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan nasib baik saya sempat menyelamatkan beg tangan saya,” kata pengacara dan pelakon, Yasmin Hani Ismail Richardson yang mengalami kejadian diragut pada 1 April lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Surian di Sunway, di sini, jam 9.45 pagi itu membuatkan dia trauma untuk memandu seorang diri.

Dia yang ketika itu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama bersiri, Kisah Cinta Uda dan Dara terpaksa bergelut beberapa saat dengan peragut yang menaiki motosikal sebelum peragut melarikan diri.

“Ini pengalaman kedua saya diragut. Dulu, saya diragut ketika melintas jalan, tetapi kali ini saya sempat menarik beg tangan saya yang diletakkan di kerusi sebelah pemandu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pelakon popular drama bersiri Pucuk Muda Kerabu Taugeh ini menyatakan peragut terbabit bertindak menumbuk dan memecahkan cermin keretanya yang ketika itu berhenti menunggu lampu isyarat.

| | Read More »

Hot: Gambar Tasha Shila

Rasanya dah banyak kali aku terlihat, terpandang Tasha Shilla kat tali-besen. Tapi sebelum ni tak pernah lak aku ingat nama dan rupa dia.

Baru hari ni aku tergerak hati nak usya-usya dan mengenali sikit si empunya diri yang bernama Tasha Shilla ni. Cekikdaud!

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Lagi gambar Tasha Shilla di bawah.

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

Gambar image tasha shilla cantik seksi cun ayu

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.