Samsung Galaxy S4

Bagi yang belum tahu, Samsung telah melancarkan gajetnya yang terbaru iaitu Samsung Galaxy S4. Gambar, video dan spesifikasi Samsung Galaxy s4 ada disediakan khas untuk anda di bawah.

gambar video spesifikasi samsung galaxy s 4

Spesifikasi Samsung Galaxy S4:

Processor: 1.6 GHz Octa-Core Processor
Display: 5inch full HD super Amoled 1920 x 1080 display, 441 ppi
Storage: 16/ 32/ 64 GB User memory + microSD slot (up to 64GB)
Camera: 13MP Auto Focus camera with Flash & Zero Shutter Lag, BIS
Sub rear, 2MP Full HD recording @30fps with Zero Shutter Lag, BIS front
Connectivity: 2.5G (GSM/ GPRS/ EDGE): 850 / 900 / 1800 / 1900 MHz
3G (HSPA+ 42Mbps): 850 / 900 / 1900 / 2100 MHz
4G (LTE Cat 3 100/50Mbps) : up to 6 different band sets(Dependent on market)
Operating system: Android 4.2.2 (Jelly Bean)
Dimensions: 137x70x7.9 mm
Battery: 2,600 mAh
Memory: 2GB RAM
Weight: 130g

Video Samsung Galaxy S4:

Beberapa ciri-ciri terbaru turut diperkenalkan:

Beberapa gambar Samsung Galaxy S4:

gambar video spesifikasi samsung galaxy s 4gambar video spesifikasi samsung galaxy s 4gambar video spesifikasi samsung galaxy s 4gambar video spesifikasi samsung galaxy s 4

Samsung Galaxy S4 spec

| | Read More »

Ais-Krim Goreng

Resepi ais krim goreng mudah yang menggunakan roti ni saya dapat dari perkongsian di facebook. Sesiapa yang follow page saya tu tahulah sebab saya ada berkongsi di situ.

resepi ais krim goreng roti mudah

Takdelah susah nak buat sebab ianya tak menggunakan tepung sebagai kulit. Antara bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:

  • Ais krim kegemaran anda
  • Roti keping
  • Gelas besar atau tupperware bulat

Berikut adalah cara-cara membuatnya:

resepi ais krim goreng roti mudah senang

1. Letak ais krim di antara dua roti. Tekan dengan gelas besar atau tupperware dan bentukkan bahagian luar supaya bersambung.

2. Selepas dibentukkan ais krim tersebut dalam roti, masukkan ke dalam plastik untuk simpanan dalam peti sejuk. Boleh goreng terus atau goreng pada masa akan datang kalau nak.

3. Sebelum goreng, pastikan minyak betul-betul panas, keluarkan bahan dari plastik (jika disimpan dalam plastik) dan goreng sebentar sahaja.

4. Angkat dan siap untuk dihidangkan. Enak jika dimakan cepat-cepat

Selamat mencuba!

| | Read More »

Suami Peluk Janda

ALOR GAJAH - Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi semalam. Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat sini.

Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yang sudah bercucu itu kerap tidur bersama pasangannya di rumah berkenaan. Sumber berkata, isteri yang berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87 tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya itu.

"Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat suaminya dari arah salah satu bilik.

"Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil," katanya.

Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer Paabas, Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke atas rumah disyaki.

"Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10 minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak berkunci.

"Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat keletihan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut.

| | Read More »

Hadi: Pakatan kini lebih mantap bagi saingi BN

Abdul Hadi AwangPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG - Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan persediaan lebih baik berbanding PRU12 berikutan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, secara keseluruhannya, Pas selesai membuat penyusunan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR), malah lebih baik daripada 2008 di mana PR berjaya mewujudkan gelombang tsunami dalam arena politik tanah air.

“Jentera parti bergerak sejak awal dan ditingkatkan sebaik pengumuman pembubaran," katanya.

Ketika ditanya kerusi akan ditandingi Pas, Abdul Hadi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Pas jangkakan bertanding 76 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi pada PRU13 berbanding 66 kerusi pada PRU12.

Katanya, pertambahan dan penyusunan kerusi itu dipersetujui semua pihak dalam PR, manakala baki kerusi lain akan melibatkan pembahagian antara PKR, DAP dan parti di Sabah serta Sarawak.

“Pas juga akan mengemukakan calon paling bertanggungjawab, paling menunaikan amanah dibuktikan melalui Kerajaan Negeri diperintah dan melalui kawasan sudah dimenangi serta melalui khidmat masyarakat (termasuk muka baru).

“Ia dilakukan semua kalangan kita kepada rakyat sepanjang 2008 sehingga kini agar rakyat dapat menilai walaupun kita bukan parti yang memerintah (namun) kita telah menunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan untuk rakyat dengan seikhlas-ikhlasnya,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau akan mempertahankan dua kerusi iaitu Parlimen Marang dan Dun Rhu Rendang dimenangi pada PRU12, beliau enggan memberi komen dan masih berahsia mengenainya, tetapi akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat ini.

“Sebagai pemimpin pertama dalam parti, saya sendiri masih lagi memberi peluang kepada parti untuk membuat keputusan di mana saya (akan) bertanding,” katanya dan berharap PRU13 kali ini dapat diadakan dengan adil dan telus melalui sistem demokrasi sebenar.

Dalam perkembangan lain katanya, Pas juga bersedia beri kerjasama kepada DAP dengan menawarkan simbol parti ‘bulan’ kepada calon daripada parti itu jika DAP dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

| | Read More »

Datuk Seri Liow Tiong Lai: Tiada kes H7N9

Liow Tiong LaiMenteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan tiada kes selesema burung jenis H7N9 dilaporkan dalam negara setakat ini namun kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan wabak itu daripada menular.

Ketika ditemui Bernama, beliau berkata wabak itu masih lagi merupakan kes terpencil dan sehingga kini hanya dilaporkan berlaku  di negara China. Bagaimanapun, beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan telah meningkatkan pemantauan dan mendapatkan panduan  daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan wabak itu.

"Kita juga telah meningkatkan langkah berjaga-jaga di semua pintu masuk negara bagi memastikan bahawa pemantauan  penghidap atau mana-mana wabak penyakit dari luar negara, dapat kita halang dan terjaga dengan rapi," katanya.

Liow berkata simptom wabak berkenaan hampir sama dengan wabak H1N1 iaitu penghidapnya antara lain akan mengalami sakit  perut dan demam panas berpanjangan. Namun begitu beliau berkata wabak H7N9 adalah lebih berbahaya dan serius kerana risiko kematian adalah 60 peratus lebih tinggi  berbanding H1N1 yang hanya 0.4 peratus.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai melakukan saringan di hospital atau klinik jika mempunyai simptom di atas.

Pada Ahad,  Bernama melaporkan bahawa China telah mengesahkan terdapat dua kematian serta satu kes akut pertama H7N9 yang  dilaporkan berlaku di negara itu. Laporan itu menyebut bahawa setakat ini masih tiada vaksin bagi mencegah virus H7N9.

| | Read More »

Pencerobohan Lahad Datu: Lagi Datuk Seri dicari

Sabah dicerobohLAHAD DATU - Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang  berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari  kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di  mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop  atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas  dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012  (Sosma).

Sementara itu, beliau berkata seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak semalam selepas tiga  pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.

Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka  mengalami kerosakan teruk, katanya.

Tan berkata tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah  Operasi Daulat. Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar hari ini, beliau  berkata penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.

"Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi," katanya. - Bernama

| | Read More »

Tarikh PRU13

Mungkin ramai yang tidak menyedari akan gelabahnya Najib ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, tahun yang disebutnya ialah 2012 bukannya 2013. Dia kata.. "memohon supaya Parlimen dibubarkan pada pagi ini 03 April 2012'...
Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu. Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. "Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri. Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008. Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.
Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu. Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011. Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang. Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.
Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali teler warna merah.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.