Lelaki Buncit Tarikan Buat Wanita Cantik

Lelaki perut buncit, memang saham tinggi. Tak percaya? Tengok je sapa-sapa lelaki yang berperut buncit ...isteri mereka mesti lawa segak bergaya. Dan yang tak tahannya, dah la buncit, umur lak jauh beza dengan pasangannya yang cantik lawa. Ada tu beza sampai 10 tahun tu.
Bukan jadi kehairanan, memang yang perut buncit ini ada kelebihan sendiri. Perempuan tak kesah sangat pasal penampilan ni, kerana mereka tahu lelaki buncit ini ada ciri-ciri yang mereka cari. Apa dia ciri-ciri tu? Hmm korang kenalah fikir sendiri.... cuba cari subjek lelaki berperut buncit dan ada bini cantik ..... dan cari apa ada pada lelaki tersebut.
Aku buncit ... tapi tak adalah sebuncit mereka yang benar-benar buncit. Mungkin buncit sebab banyak makan bersulam air, tak pun sebab aku gemar layan bantal lepas makan ....ibarat ular sawa kekenyangan membaham anak rusa nani baru tumbuh ekor.
Memandangkan ada faktor lain yang buat lelaki buncit istimewa, maka itu sebab ramai lelaki tak kesah mereka jadi buncit. Perempuan cun pun tak hairanlah lelaki yang mereka cintai tu buncit, cumanya mereka je jadi risau jika mereka pula yang buncit ... yelah, lelaki ... ada kuota lebih.... perempuan nak tak nak kenalah maintain body agar suami buncit mereka tak lari ke perempuan yang lebih cantik dan lebih umphhh dari mereka.



| | Read More »

Dah Kahwin Tapi Masih Berzina…

Apa Yang Mengarut Nie.. Dah Nikah Dahler.. Apa Nak Bising Lagi.. Kubur lain-lain.. Berani buat berani tanggung…
Bukannya nak bising atau nak menyibuk, tetapi kerana kubur lain-lain dan terasing itulah hendak dikongsikan bersama dengan semua, Ingatkan nak tolong sekarang… kelak nanti tak dapat nak tolong. Maklumlah kubur lain-lain… tak dapat nak bantu…
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila….
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!
Apakah hak seorang anak luar nikah?Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>
Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat….
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:
Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam’.
WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.
USTAZ ROSLI ALHAFIZ

| | Read More »

PCD–Pitch Circle Diameter

imageMany people are confused with those definition. PCD, OFFSET and CENTERBORE is totally important thing or definition when you are going to buy a new sport rims. Here is some explanation about it and some guide to choose a sport rims that suitable for your car.
WHAT IS PCD?
WHAT IS RIMS PCD, OFFSET & CENTERBORE? DEFINITION & GUIDE TO CHOOSE SPORT RIMS
The meaning of PCD? PCD stands for pitch circle diameter and is the diameter of a circle drawn through the centre of your wheel’s bolt holes. ]
P.C.D. is measured in millimeters and also indicate the number of studs or bolts the wheel will have. Proton Alloy Wheels are usually either 4×100: i.e. 4 bolt holes drilled through the centre of an imaginary 100mm circle.
About the holes & bolts attached, most Proton & Perodua Cars have 4 bolts, most U.S. passenger cars have 5 bolts while compact models sometimes have only 4 and pick-up trucks can have as many as 6 or 8. In contrast, some smaller French cars, including the Citroën 2CV, Renault 4 and some Peugeot 106′s and Citroen Saxos only have three which is same with Proton Tiara.
WHAT IS RIMS PCD, OFFSET & CENTERBORE? DEFINITION & GUIDE TO CHOOSE SPORT RIMS
RIM PCD OFFSET AND CENTERBORE OF MAZDA, NISSAN & TOYOTA (picture above)
If you can see the schedule above shows some PCD of cars. The vehicle with more holes like Land Cruiser is because of the SUV needs more strength to hold the rims.
Some aftermarket rim manufacturers do provide universal-fit rims which have elongated lug holes (or 8-10 holes which cover multiple bolt patterns) which will fit a wider-range of vehicles.
The most common PCD values are 100 mm and 114.3 mm. This difference arises from the manufacturers’ measurement convention – whether they are designing around metric values (100 mm) or imperial values (4.5 inches, i.e. 114.3 mm).
WHAT IS RIMS PCD, OFFSET & CENTERBORE? DEFINITION & GUIDE TO CHOOSE SPORT RIMS
RIM PCD OFFSET AND CENTERBORE OF BMW, HONDA, HYUNDAI, KIA(picture above)
WHAT IS RIM OFFSET?
The offset, measured in millimeters, can be negative or positive, and is the distance from the hub-mounting surface to the rim’s true centerline. A positive offset means the hub-mounting surface is closer to the outside edge of the wheel, i.e. the wheel wraps around the hub and brake hardware more deeply; a negative offset means the hub-mounting surface is closer to the inside edge of the wheel and wheel sticks outwards more than inwards.
Negative Offset wheels have their mounting face toward the rear of the wheel – powerful rear-wheel drive cars often have wheels with negative offset. This is the contributing factors of being a bigger “lips” rim.
When selecting aftermarket wheels, a wheel with too little positive offset will be closer to the fender, and one with too much positive offset will be closer to the suspension components. Wheel width, offset and tire size all determine the way a particular wheel/tire combination will work on a given car.
To maintain handling characteristics and avoid undue loads on bushings and ball joints, the car manufacturer’s original offset should be maintained when choosing new wheels unless there are overriding clearance issues.
WHAT IS RIMS PCD, OFFSET & CENTERBORE? DEFINITION & GUIDE TO CHOOSE SPORT RIMS
Offset also affects the scrub radius of the steering and it is advisable to stay within the limits allowed by the vehicle manufacturer. Because wheel offset changes the lever-arm length between the center of the tire and the centerline of the steering knuckle, the way bumps, road imperfections and acceleration and braking forces are translated to steering torques (bump-steer, torque-steer, etc) will change depending on wheel offset. Likewise, the wheel bearings will see increased thrust loads if the wheel centerline is moved away from the bearing centerline.
WHAT IS CENTERBORE?
The center bore of an alloy wheel is the size of the hole at the back of the wheel which the hub fits into. To help the wheels to seat properly this hole needs to be an exact match to the size of the hub. Please refer to the first picture above this articles.
Some factory wheels have a centerbore that matches exactly with the hub to reduce vibration by keeping the wheel centered. Wheels with the correct centerbore to the car they will be mounted on are known as hubcentric. Hubcentric wheels take the stress off the lug nuts, reducing the job of the lug nuts to center the wheel to the car.
Wheels that are not hubcentric are known as lugcentric, as the job of centering is done by the lug nuts assuming they are properly torqued down. Centerbore on aftermarket wheels must be equal to or greater than that of the hub or the wheel cannot be mounted on the car. Many aftermarket wheels come with “hubcentric rings” that lock or slide into the back of the wheel to adapt a wheel with a larger centerbore to a smaller hub. These adapters are usually made of plastic but also in aluminium.















| | Read More »

Anda Adalah Penentu

Pilihan di tangan anda, anda memilih untuk mengikuti laluan yang anda sukai. Tiada paksaaan.. Tetapi pilihlah apa yang akan menguntungkan anda hari ini, besok dan masa akan datang…
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(A-li'Imraan 3:139)
"Atas dunia ni kita hanyalah hamba. Selepas dunia ni ada pula mati. Persediaan untuk mati ni tidak pernah diajar oleh sekular dan demokrasi, ia hanya disebut oleh Islam. Sedangkan mati ini ialah komponen kepada hidup, sebagaimana pagi merupakan komponen kepada petang. Justeru, nak lakukan persediaan untuk mati inilah manusia perlu merujuk kepada Islam."

| | Read More »

Rahsia Disebalik Laungan Azan

Azan sudah berusia 1429 tahun dan disyariatkan di Madinah al- Munawarrah. Diriwayatkan bahawa azan diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama hijrah. Ketika itu, orang-orang yang berhijrah ke Madinah berkumpul untuk menunaikan solat. Terbit persoalan pada waktu itu bagaimana caranya memberitahu umat Islam masuknya waktu solat dan menyeru secara langsung kepada mereka untuk bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah.
Sudah pasti perlunya satu mekanisme yang praktikal dan mudah serta satu cara yang merangkumi perlambangan dakwah Islamiah yang menyeru kepada kebaikan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Pada saat itu, diriwayatkan Abdullah Bin Zaid dan Umar bin al-Khattab telah bermimpi mengenai lafaz azan. Rasulullah membenarkan mimpi mereka dan meminta Bilal bin Rabah melaungkannya.Azan merupakan satu lafaz khusus yang menyeru umat Islam menunaikan solat dan melakukan solat berjemaah. Mengerti dari aspek harfiahnya, azan membawa maksud ‘al-I’lam’ (pemberitahuan) atau ‘an-nida’ (seruan).
Al-Quran, as sunah dan al-ijmak menyatakan, laungan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dihukumkan sebagai sunat muakkad dan fardhu kifayah bagi umat Islam.
Azan harus dilafazkan oleh seorang lelaki yang beragama Islam, berakal, dilafazkan dalam bahasa Arab dan dilaungkan ketika masuknya waktu solat. Azan juga harus diseru oleh muazzin (orang yang melaungkan azan) yang suci daripada hadas besar, hadas kecil dan najis. Dilaksanakan dengan mengadap kiblat dengan suara yang nyaring tetapi merdu.
Dilafazkan dengan jiwa yang benar, azan hadir bukan sahaja sebagai satu peraturan bagi umat Islam mengerjakan solat. Malah, azan juga dilaungkan ketika bayi dilahirkan, jenazah dikebumikan, ketika menghadapi bencana dan gangguan jin atau syaitan dan azan juga diselitkan ketika mengerjakan sesuatu yang baik. Pendek kata azan adalah perantaraan untuk memohon rahmat dan berkat serta kekuatan, kesyukuran dan sebagainya buat umat Islam.
Lafaz azan menyimpul kesatuan yang merangkumi aspek tauhid (akidah), ibadah dan akhlak muslim yang sejati. Hal ini terlihat jelas melalui seruan yang dilaungkan sebanyak lima kali sehari untuk mengajak umat Islam mendepani kehidupan dengan sempurna.
Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung. Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh. Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.
Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam macam akan berlaku. Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang. Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress.
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq . Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Laungan Azan juga adalah titik pertama dalam mendidik anak-anak atau bayi yang baru lahir kedunia ini. Lahirnya seorang anak Adam ke atas muka bumi ini adalah ibarat sehelai kain putih ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada mahu menjadikan bayi itu Yahudi, Nasrani atau Majusi. Dalam Laungan Azan diterapkan Bahawa Allah itu Maha Besar. Kalimah Syahadah yang merupakan kunci syurga. Mengajak kita menunaikan solat, mengajak kita menuju kejayaan…
Ini adalah titik awal penerapan ilmu Islam… Disunatkan kita melaungkan Azan di telinga sebelah kanan dan telinga kiri. Dan sebaik-baiknya diazankan oleh bapa kepada bayi itu untuk mengeratkan perhubungan antara anak, ibu dan bapa. Ini boleh mengelakkan anak-anak itu derhaka apabila mereka besar suatu hari nanti.
Namun pada hari ini, kebanyakkan kita menyuruh orang lain untuk mengazankan bayi kita. Kenapa? Alasannya mereka mengatakan mereka tidak pandai melaungkan azan.. Apa bodohnya mereka itu.. Kahwin tahu tetapi azan tak tahu… MasyaAllah… Renungkanlah…





| | Read More »

13%… Apa nak buat?

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas setiap sesuatu yang berlaku kepada kita. Terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia di atas pelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 13%. Persoalannya, kemana, dimana, apakah yang akan digunakan dengan kenaikan yang diterima itu?
Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenainya biarlah saya jelaskan mengenai penjawat awam. Setiap penjawat awam yang memasuki perkhidmatan dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan di antara 1 hingga 3 tahun sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
Setiap penjawat awam yang memasuki perkhidmatan ditawarkan samada untuk memilih skim KWSP ataupun skim Pencen… untuk melayakkan mereka memilih skim pencen perlulah terlebih dahulu disahkan dalam perkhidmatan dan berkhidmat sekurangnya 3 tahun.
Tips: Pengarah Bahagian Pencen
Sewaktu berada dalam tempoh berkenaan penjawat awam hanya menerima 89% daripada jumlah emolumen bulanannya yang mana 11% lagi disalurkan ke KWSP… mereka masih lagi mampu menyara kehidupan mereka dengan 89% ini. Oleh itu setelah disahkan dalam Skim Pencen 11% yang disumbangkan ke KWSP perlu diteruskan sebagai bekalan dihari tua.
Setelah menerima kenaikan 13% ini, usah disentuh, dibelanjakan tetapi simpanlah dalam mana-mana tabung amanah yang memberikan pulangan kepada anda suatu hari nanti.
Ingatlah untuk menyimpan/ menabung memerlukan komitmen daripada anda, anda perlu menyediakan jumlah (partition/bahagian) daripada pendapatan anda untuk disimpan bukannya menyimpan lebihan daripada apa yang anda belanjakan. Anggaplah simpanan anda itu sebagai hutang yang perlu anda bayar kepada diri anda di hari tua atau apabila anda memerlukan. Gunakan simpanan anda untuk perkara yang lebih baik, sebagai contoh.. pembiayaan pendidikan anak anda suatu hari nanti.

| | Read More »

Kisah Benar PRAMUGARI dan ULAMAK....

imageSeorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Pramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: (dengan angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan bersahaja… .) Kalau begitu saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari....!!!!

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.