Mandi Hadas (kemusykilan anda)

Terlebih dahulu saya berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :

“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.

Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6)

Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.
Perkara-perkara yang mewijibkan mandi

  1. Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  2. Keluar mani walaupun sedikit.
  3. Mati melainkan mati syahid.
  4. Keluar haid bagi perempuan.
  5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  6. Wiladah atau melahirkan anak.

 

Fardhu mandi

Pertama :
Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Kedua :
Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :
Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi

1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

4. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

7. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Saya rasa ini sahaja untuk perbahasan bab mandi hadas bagi lelaki dan perempuan. Maaf saya menulis artikel ini dengan ringkas dan menggunakan teknik penulisan poin sahaja. Jika ada apa-apa persoalan boleh kemukakan di ruangan komen dibawah ini. Insyaallah saya akan menjawabnya jika masa mengizinkan. Anda juga boleh menyemak di kitab-kitab fiqh, bab bersuci, bahagian mandi.

http://www.ustaznoramin.com/2010/05/cara-mandi-hadas-mandi-wajib.html

| | Read More »

Fakta Mesti Baca (lelaki)

1. Kulup (kulit penis yang telah disunat) dapat digunakan sebagai penampal utk kulit melecur akibat terbakar. Sel dalam kulup kaya dgn fibroblas, iaitu sel pembentuk jaringan yang berguna dalam penyembuhan luka. Selain itu, kulup juga dapat dijadikan bahan kosmetik krim anti kedutan, kulit ini mengandung banyak kolagen.

2. Kelenjar prostat yang membesar dapat menyebabkan hilang fungsi ereksi dan ejakulasi.

3. Orgasme selepas pancut secara purata berlangsung selama 6 saat, sedangkan wanita lebih lama 23 saat.

4. Kulup yang telah disunat dapat direkonstruksi. Caranya dengan menarik ke hujung kulit kendur pada penis, pakaikan cincin plastik berbentuk topi dan berat. Dalam beberapa tahun, struktur penis akan kembali tegang semula.

5. Hanya 1 dari 400 lelaki yang boleh melakukan oral pada kelaminnya sendiri tanpa bantuan pasangannya

6. Ada dua jenis penis:

a. Pertama, jenis yang makin panjang dan besar jika stim atau ereksi (dinamakan grower).

b. Kedua, yang sentiasa besar (walaupun tak stim) tetapi tidak juga bertambah besar jika stim (disebut shower).

7. Survei Men’s Health Internasional 79 % lelaki adalah grower dan 21 % shower.

8. Penyelidik Jerman mengatakan purata hubungan seks berlangsung 2 minitt 50 saat, tapi wanita menganggapnya hanya 5 minit 30 saat.

9. Ukuran tidak penting kerana pembuahan benih terjadi dari persaingan sperma yang masuk sel telur bukan sebab panjang atau lamanya berhubungan kelamin.

10. Berdasarkan penelitian dari Spanyol, lelaki dengan penampilan menarik memiliki sperma yang kuat pancutan dan kualiti baik. Kebanyakan wanita tanpa sedar akan menyukai lelaki dengan sperma yg kuat daya pancutannya.

11. Otak tidak diperlukan untuk ejakulasi, kerana arahan untuk memberi kepuasan berasal dari sumsum tulang belakang.

12. Penyebab paling umum pecahnya penis adalah onani yang terlalu kuat.

13. MEROKOK dapat memendek penis menjadi 1 cm. ini kerana kerosakan pembuluh darah, yang menjadi sebab aliran darah tersumbat.

| | Read More »

Bahagiakah Ayu

Perkahwinan Hanya Kerana Cinta

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumah tangga :

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia.Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai.

Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,”BERAT BERSIH 25 KG” .

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

| | Read More »

Save a Girl…

Gadis secantik ini perlukan pertolongan anda semua,minta rakan-rakan serta pembaca blog ini melaporkan kepada Balai Polis berdekatan jika ternampak gadis ini....



BANTUAN : MAKLUMAT BARU KEHILANGAN ANAK SEDARA: Lilie Farisha.
BELIAU SEKARANG BERADA DI KUALA LUMPUR DENGAN MENAIKI KERETA KANCIL WARNA SILVER 'JGU 463'
SESIAPA YG BOLEH FINDER NO TELEFON NI..TOLONG LAH FIND NO NE. SBB JANTAN TU ADA MESEJ BGTAU ADA DI KL..
NI NO TELEFON JANTAN TU.. 013 9057353...019 7002212....
SEGERA K...

| | Read More »

Pantun Moden..

Bermula dgn sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
Lawan peluk tak kurang hebat

Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat

Tinggi rendah,bacaan disukat
Jarum meter bepusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dlunya ketat

Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat
9 bulan perut sarat

Dulu kosong skrg berat
Bila d’tnya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat

Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby di buang merempat
Masalah selesai kononnye selamat
Buat dulu pastu taubat

Tapi skrg sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT.

Read more: http://informations-the.blogspot.com/

| | Read More »

Amerika Takutkan Iran…

Kami menjangkakan keadaaan Amerika semakin “tenat” ketika ini dek kerana dilihat kekurangan pengaruh kuat seperti dahulu, terutamanya daripada aspek ekonomi. Tetapi sungguh tidak disangka walaupun Amerika yang sudah “nyawa-nyawa ikan” pun masih lagi mahu mendabik dada sebagai polis dunia.

Iran yang buat program nuklear, akhirnya negara-negara yang berdagang terus dengan Iran turut terkena tempiasnya. Bagi kami, kelompok Amerika ini lebih dilihat mahu “main wayang” sahaja. Amerika kata mahu membuat sekatan kewangan kepada mereka yang berdagang dengan Iran. Tetapi….

  1. Itali masih boleh beli lagi minyak Iran?
  2. Jepun masih boleh beli lagi minyak Iran?

Jikalau Jepun tunduk sekalipun dengan “tekanan” daripada Amerika, dunia masih lagi memahaminya. Semuanya kerana peristiwa perang dunia ke-2. Sebelah kekuatan Jepun “dipegang” oleh Amerika sebenarnya. Selepas Jepun kalah, terdapat perjanjian tentera dengan Amerika yang mana Jepun tidak dibenarkan bangunkan ketenteraan. Amerika yang buat pengkalan tentera di sana dan Amerika yang sebenarnya melindungi keselamatan Jepun.

Itu kisah mengenai Jepun. Yang Malaysia, perlukah tunduk kepada tekanan Amerika?

  • Jikalau Amerika sekat, kita boleh berpaling kepada Rusia, China, negara-negara Eropah, negara Arab dan Asean
  • Tetapi, hakikatnya Amerika mempunyai cukup kelebihan untuk menyekat sistem pembankan antarabangsa

Amaran Amerika Kepada Pengimport Minyak Iran!!

2 hari lepas, Amerika telah mengeluarkan Amaran Kepada mana-mana negara yang membeli minyak daripada Iran

WASHINGTON 22 Mac – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), semalam menyiarkan senarai 12 negara termasuk Malaysia yang membeli minyak mentah Iran dan boleh dikenakan sekatan kewangan oleh AS jika mereka tidak mengurangkan pembelian minyak itu dengan banyak.

Jabatan Negara AS, kelmarin menyiarkan bilangan negara terlibat tanpa menyebut nama mereka, selepas mengumumkan bahawa Washington akan mengecualikan Jepun dan 10 negara Kesatuan Eropah (EU) daripada sekatan kewangan kerana telah banyak mengurangkan pembelian minyak dari Iran. Negara-negara yang diberi pengecualian itu terlepas selama enam bulan ancaman diputuskan daripada sistem kewangan AS di bawah sekatan yang bertujuan untuk mengenakan tekanan ke atas Iran supaya menghentikan program nuklearnya.

Bunyi macam menakutkan, itulah kuasa pembuli Amerika, semua negara kena patuh suruhan mereka dan Israel walau pun nyata yang Iran tidak memiliki senjata nuklear sepertimana dakwaan yang dibuat oleh negara haram Israel. Nak harapkan Arab Saudi?

Negara boneka Amerika itupun, sudah awal-awal bersiap sedia untuk memenuhi mana-mana permintaan hasil sekatan Amerika.

Saudi oil minister Ali al-Naimi said the kingdom had met all its customer’s requests for oil and stood ready to raise output to full capacity of 12.5 million bpd, if needed.

“My only mission is to convey to you that there is no supply shortage in the market,” Naimi told reporters on Tuesday. “We are ready and willing to put more oil on the market, but you need a buyer.” (Petikan Daripada : Reuters)

Jadi apa keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangani isu ini?

Petronas Iran Oil Malaysia Malaysia Setuju Henti Beli Minyak Iran Selepas Menerima Tekanan Daripada Amerika?Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran. Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

“Ia hanya jumlah yang kecil,” katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari. Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini. Sumber : Bernama

Hakikatnya sekarang ini jikalau Amerika buat “kacau” ia akan memberikan kesan kepasa sistem pembankan Malaysia. Apabila sistem pembankan terganggu, kesannya terhadap ekonomi agak besar. Silap haribulan, bank terpaksa menaikkan kadar faedah, pinjaman lebih sukar untuk dilakukan, kad kredit, pinjaman perniagaan tidak boleh diagihkan. Perdagangan juga akan terjejas kerana bank tidak boleh mengeluarkan  atau mungkin boleh berikan limited LC. Harga barang pun akan naik. Perniagaan akan mula terjejas.

Inilah bahananya apabila perbankan dunia berantaian secara elektronik dengan Amerika. Apatah lagi Amerika merupakan rakan dagangan Malaysia yang besar.

Mungkin selepas ini, atas nama pun perdagangan bebas, tidak mustahil Malaysia juga boleh membeli minyak Iran dengan cara Iran boleh jual ke India. Kita beli melalui India. Mungkin?

| | Read More »

UNTUK ISTERI TERSAYANG

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.