RAGUT : Nenek Tua Jadi Mangsa. Di Tumbuk Lagi.

at Isnin, 1 April 2013 [ 5:19 PTG ]

Seorang nenek berusia 80 tahun bukan saja kerugian ratusan ringgit, malah cedera di muka dan lebam matanya apabila ditumbuk seorang lelaki dalam kejadian ragut di Kampung Pasir Pinji, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa dikenali sebagai Madam Wong mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran rumahnya selepas cedera di muka dan lebam di mata akibat ditumbuk peragut.

Difahamkan, mangsa sedang menyiram bunga di hadapan rumahnya sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal yang bertanyakan arah jalan untuk ke pekan terdekat.

Sumber polis berkata, suspek kemudian meragut rantai dan cincin emas dipakai mangsa.

“Suspek turut menumbuk di muka mangsa beberapa kali sebelum beredar dengan sebuah motosikal,” kata sumber itu, semalam.

Sebelum ini, beliau berkata, pihaknya menerima banyak laporan mengenai kejadian sama dengan suspek menyasarkan warga emas wanita terutama sekitar jam 5 petang hingga 7 malam.

Menurut sumber itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Pinji dan kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengetahui maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, pihaknya menasihatkan orang ramai khususnya warga emas supaya berhati-hati terutama ketika bersendirian di rumah.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.