Fesyen ranggi, lawa

at Rabu, 8 Mei 2013 [ 6:04 PTG ]

Bergaya hebat ke pejabat dengan padanan beg tangan.

MEMILIH nama yang ringkas dan mudah disebut, Butik Lawa-lawa menampilkan fesyen yang sesuai dengan namanya, iaitu ringkas namun lawa dan menarik serta mudah mendapat tempat di hati mereka yang melihat.

Bergaya, cantik, feminin dan menawan antara kata-kata yang boleh diceritakan mengenai koleksi Lawa-lawa.

Blaus syifon, blaus fabrik kapas, dres panjang, skirt labuh, skirt syifon paras lutut dan seluar ketat merupakan di antara koleksi yang amat digemari oleh golongan remaja dan golongan muda yang gemar mengenakan fesyen ringkas namun bergaya.

Sesuai digayakan untuk ke semua acara dan tempat seperti ke pejabat, berjalan-jalan, parti, bercuti atau ke rumah teman, Lawa-lawa menampilkan koleksi yang sentiasa berganti baru pada setiap bulan.

Warna-warna blok, corak abstrak, paisley, flora fauna atau polos merupakan di antara koleksi yang sudah menjadi sinonim dengan Lawa-lawa.

Bagi yang ingin tampil lebih ‘garang’ atau berani, boleh memilih blaus yang bercorak kepala harimau, tengkorak serta haiwan lain yang nampak unik.

Namun jika anda seorang yang ranggi, pelbagai pilihan blaus, kemeja, kardigan dan baju pendek boleh digayakan dengan seluar dan jeans ketat yang bercorak amat menarik.

Pun begitu, Lawa-lawa turut mempunyai koleksi seluar palazzo daripada fabrik syifon polos untuk gaya yang lebih feminin. Gaya sebegini amat sesuai untuk ke pejabat atau parti.

Fesyen pakaian yang dipilih boleh pula digayakan bersama beg kepit, aksesori, shawl atau tudung empat segi yang turut boleh diperoleh di sini.

Pendek kata, jika anda menggemari fesyen yang lawa dan ingin nampak lawa, koleksi Lawa-lawa yang juga dijual melalui dalam talian www.lawalawa.my adalah untuk anda.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.