Wanita puas seks hidup sihat

at Khamis, 4 April 2013 [ 9:09 PTG ]

SYDNEY - Kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik Australia menunjukkan wanita yang puas menikmati kehidupan seks didapati memiliki tahap kesihatan yang lebih baik, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan kajian Program Kesihatan Wanita Australia yang menganalisis kehidupan seksual terhadap hampir 300 orang wanita berusia dari 20 hingga 65 tahun. Mereka mendapati wanita yang kerap mencapai puncak syahwat kurang cenderung untuk jatuh sakit dan lebih bertenaga berbanding mereka yang tidak melakukan seks. Golongan yang kerap melakukan seks didapati memiliki penampilan psikologi yang lebih baik daripada mereka yang mengadakan hubungan kelamin kurang dua kali sebulan. Ketua penyelidik itu, Dr. Sonia Davison berkata, wanita yang kurang berpuas hati dengan persetubuhan mempunyai tahap kesihatan yang rendah dan kurang bertenaga.

"Ini menunjukkan kepentingan kepuasan seks sebagai antara bahagian penting penjagaan kesihatan kerana wanita kurang selesa bercakap mengenai isu itu dengan doktor," katanya.

- Agensi

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.