Lelaki Lebih Memahami Perempuan Berbanding Perempuan

at Ahad, 7 April 2013 [ 11:26 PTG ]

Assalamualaikum.

Hari isnin biasalah mood tak berapa baik, fikiran nie serabut jika teringat terlalu banyak kerja yang perlu di lakukan dan perlu di siapkan . SubhanaALLAH.., tak pelah hidup kena teruskan apa jua halangan dan dugaan dan hadapi dengan tabah ,insyaALLAH.

Ramai sebenarnya yang bertanya pada acik, kenapa lelaki sekarang ini suka menaip tentang isi hati perempuan di facebook dan twitter mahupon di blog ? Adakah dia lebih faham perempuan lebih dari perempuan itu sendiri ??

Acik tak nafikan bahawa ramai orang sekarang post di mana mana saje seolah mereka mengerti hati perempuan, apa yang mereka rasa dan apa yang perempuan alami. Kat sini acik ada 2 situasi yang ingin di kongsikan.

Pertama adalah Lelaki yang memahami perempuan kerana berdasarkan pemerhatian ,pengalaman dari adik beradik atau orang sekeliling dan dari segi pembacaan.Kebiasaanye mereka ini tak mahu melihat perempuan di sakiti.

Kedua adalah orang yang ingin mendapatkan perhatian dari orang sekeliling dan masyarakat. Bila seolah olah dia lebih memahami dri kaum hawa itu sendiri. Dan mungkin juga dia berjiwa wanita. adehhh

Tapi pada aciklah, jangan kita terlalu banyak buat andaian dan pandangan kita sendiri ,lagi lagi berkaitan soal hati dan perasaan. Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Kadang bila kita terlalu memberi "judgement" dan andaian kita, pada kita semuanya okey dan "small matter" tapi pada perempuan pekara itu sensitive dan sekecil mana pon pekara ini akan di ambil peduli.

Ada orang kata pada acik perempuan nie pandai sembunyikan perasaan dia terhadap sesiapa saje, kerana setiap perempuan mempunyai sifat dan perangai yang berbeda. Dan perempuan ini penuh dengan misteri..cewahh sebab itu tak payah susah susah nak faham , lagi lagi time couple nie tak payah beria sangat, biarlah ada semangat sikit kita nak cari tahu tentang perempuan tu macam mane , kalau kita duk tahu semua benda nanti bila kawin macam mane pulak ?? nanti cepat bosan dan muak.

Sifat memahami itu memang perlu ada , tapi janganlah terlebih lebih sehingga mendalami seperti memainkan peranan gender itu sendiri. Lelaki dan perempuan memang saling melengkapi tapi  bukan bermakna kita mampu memahami semuanya.

Aahh lebih baik kita bersifat flexible, bila orang bercerita kita dengar, bila orang perlu nasihat kita bagi, bila orang tak mahu kita peduli tentangnya kita jadi neutral.

Akhir kata untuk kaum adam hawa , acik ada sedikit nasihat tentang sayang nie  jom bace di bawah nie:

kita selalu fikir , " kenapa dia tak sayang aku macam aku sayang dia ,"
tapi pernah tak kita fikir " kenapa kita tak sayang ALLAH macam ALLAH sayang kita ?

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.